Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berhampiran Homs di Syria telah mengalami kerosakan teruk manakala pesawat-pesawat yang ditempatkan di sana juga menemui nasib yang sama, kata para petugas pangkalan itu kepada Sputnik pada hari Jumaat.
Media Syria melaporkan bahawa api marak terus meliputi pangkalan tersebut selepas serangan peluru berpandu Tomahawk A.S itu.
"Kesemua pesawat yang ditempatkan di situ telah musnah," kata petugas itu.
A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.
Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata itu dari pihak mereka tidak masuk akal dan hanya merugikan mereka sahaja.
/315
7 April 2017 - 08:51
News ID: 822408
Pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berhampiran Homs di Syria telah mengalami kerosakan teruk manakala pesawat-pesawat yang ditempatkan di sana juga menemui nasib yang sama, kata para petugas pangkalan itu kepada Sputnik pada hari Jumaat.